Tidak hanya menyebabkan mata menjadi letih, menatap skrin komputer terlalu lama juga boleh merosakkan mata. Untuk mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi, berikut beberapa cara menggunakan komputer yang tepat.
Menurut sebuah kajian, skrin komputer tidak memancarkan radiasi berbahaya seperti sinar X atau cahaya ultraviolet.
Jadi, keletihan yang biasa terjadi semasa menatap skrin komputer terlalu lama bukan kerana paparan sinar monitor, melainkan oleh faktor lain, seperti yang dikutip dari lifemojo.
Faktor lain tersebut adalah pencahayaan yang buruk, posisi komputer atau barang lain yang tidak betul. Ketegangan yang berlebihan pada mata atau yang biasa disebut Computer Vision Syndrome dapat mengakibatkan mata gatal atau terasa terbakar, penglihatan kabur serta sakit kepala.
Beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk melindungi mata dari keletihan dan ketegangan. Perkara yang paling utama dan harus dilakukan adalah pengaturan posisi komputer dan pencahayaan. (Ergonomik)
1. Jauhkan komputer kurang lebih 20-30 inci atau lebih kurang sepanjang lengan dari mata anda. Usahakan agar monitor sejajar dengan arah pandang mata anda.
2. Sengetkan skrin monitor ke belakang sebanyak 19 hingga 20 darjat. Ini berguna untuk mendapatkan jarak pandang yang optimal.
3. Atur cahaya monitor agar tidak terlalu silau atau terlalu redup. Jika cahaya terlalu terang, gunakan filter atau pelindung anti-silau. Jangan lupa untuk mengatur brightness untuk mendapatkan kontras yang tepat antara huruf dan latar belakang. Jika melihat adanya flicker pada skrin komputer, sebaiknya monitor diganti segera.
4. Jika terpaksa membaca dokumen yang panjang atau menggunakan komputer dalam waktu yang lama, cubalah untuk menggunakan skrin komputer serta ukuran huruf yang lebih besar. Ada baiknya menggunakan skrin komputer LCD kerana lebih boleh diterima dengan baik oleh mata.
5. Gunakan kerusi yang dapat di’adjust’ rendah-tinggi dan ada penyandar. Selain itu, gunakan juga meja yang stabil dan tidak mudah goyang.
No comments:
Post a Comment